Monday, August 23, 2010

SOLEKAN MINIMAL DI PAGI RAYA



Tampil dengan seni solekan yang ringkas dan menawan. Ingin tahu apa rahsianya? Rajin-rajin baca tips yang i bagi utk u'ol... barulah padan dengan baju raya u'ols nanti...




PUTERI ingin berkongsi tips, rahsia dan kunci solekan yang harus kamu cuba sepanjang musim perayaan!!!


PUTERI MONA ROZIANA

Hello lOvely reader's,


Today pu3 nak share tips untuk tampil anggun dan bergaya di pagi aidilfitri barulah gah penampilan u'ols ditambah dengan busana indah yang bergaya!! WOW! let's people say to u'ols...




Main key is NATURAL




PERLU ATAU TIDAK BERSOLEK PADA HARI RAYA?
Yes! of cOz u'ols perlu bersolek barulah nampak ceria. Solekan yang cantik tidak semestinya tebal dan berwarna terang. Cukup sekadar solekan yang ringkas dan natural dengan warna2 tanah.



APA PERLU ADA DALAM SOLEKAN PADA HARI RAYA?
BASIC! Compact powder, eyeshadow, eyeliner, maskara, blusher and gloss.


WHAT ABOUT LIPSTICK?
Pu3 suggest u'ols kenakan warna soft pink or pink. Pu3 sendiri gemar mengenakan warna pink pucat sb natural. Bersederhana sudah memadai.


ADAKAH SHADING PERLU DIAPLIKASIKAN DALAM SOLEKAN INI?
Teknik shading hanya perlu untuk sesi fotografi atau menghadiri majlis rasmi. Bagi pu3 blusher juga boleh dianggap seperti shading kerana ia juga boleh membentuk muka.



ADAKAH BULU MATA PALSU PERLU UNTUK SOLEKAN HARI RAYA?
Terpulang kepada individu, tidak salah untuk mengenakan bulu mata palsu tetapi sekiranya nak pakai pilih bulu mata yang halus agar tidak menampakkan seperti u'ol mengenakan bulu mata and tidak overlook sangat.



SELAIN DARIPADA MENGENAKAN BULU MATA PALSU, APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENYERLAHKAN PENAMPILAN?


Sudah semestinya MASKARA, sapuan maskara ke setiap helaian bulu mata dapat memberi impak pada bahagian mata u'ols. Cara sapuan yang paling berkesan agar bulu mata lebih melentik adalah teknik Z, sapukan ke bulu mata dengan membentukkan Z.



WARNA PEMBAYANG MATA YANG SESUAI DAN SELAMAT DIGUNAKAN?

u'ols perlu ingat solekan sempena hari raya aidilfitri ini perlu ringkas. Untuk itu, pu3 sarankan anda mengenakan warn-warna yang lembut atau warna tanah dan medium color. Contohnya color brown and gold, warnanya yang lembut seakan2 warna kulit dan ada sedikit shinning lebih menyerlahkan penampilan u'ols.



ADAKAH PEMAKAIAN BEDAK ASAS PENTING UNTUK SOLEKAN HARI RAYA NANTI?

YES!!! sangat penting!! kerana ia mengelakkan muka u'ols berminyak atau berkilat.Untuk menghasilkan solekan yang flawless sapukan rata pada permukaan muka. Jika kulit anda bermasalah seperti berjerawat dan kemerah-merahan u'ols mmg perlukan bedak asas!

No comments: